Monday 3 September 2012

Kongsi Cerita Lawak


Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Oleh kerana terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Kerana tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan lalu berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.
Singa       : Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…

Panadol
Ali melihat rakannya, Abu sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Ali bertanya kepada Abu…
Ali   : Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?
Abu : Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…

Tak Muat
Tiga orang lelaki sedang menaiki motor lalu ditahan oleh polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Katanya kepada polis, "Maaf, tok! Tak muat dah.....kami dah bertiga!!! lain kali sajalah!"

SILA DATANG LAGI
Pada suatu hari,dua orang pekerja di sebuah kedai emas merungut kerana dimarahi oleh bos mereka kerana kedai mereka telah dirompak buat kali yang ke...ntah la (banyak kali dah kena).
Pekerja 1 :Apasal kedai kita je yang kena rompak.
Pekerja 2 :Ini semua salah bos la........
Pekerja 1 :Kenapa kau cakap macam tu?
Pekerja 2 :Ye la.....sape suruh bos letak papan tanda "sila datang lagi"



Salah Faham..
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu... Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa...
" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tadi pun bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

Kelambu Pak Pandir
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal di hulu sungai di sebuah kampung. Pada petang yang hening itu maka berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah  jirannya ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si jiran  kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si jiran itu,

Jiran : Apasal tidur bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk....


Bunyi Apa Tu??
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor  pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.

No comments:

Post a Comment