Thursday 13 September 2012

RPH BM


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun                                   :           6A2
Tarikh / Masa                       :           27 Februari 2012 / 8.15 – 9.15 pagi
Bilangan Murid                   :           39 orang
Mata Pelajaran                    :           Bahasa Melayu
Tajuk                                     :           Misteri Sungai Hilang
Fokus Utama                       :           5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                                           sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
                                                           perkara yang dibaca.
Aras                                       :           Aras 1
i.              Membaca perkataan, rangkai kata, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan              :           1.2  Bertanya dan menjawab tentang sesuatu
                                                           perkara secara bertatasusila.
Aras                                       :           Aras 1
i.              Mengemukakan pelbagai soalan untuk mendapatkan respons.
ii.            Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.
Objektif                                  :           Pada akhir pelajaran murid dapat ;
i.              Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.            Mengemukakan dan menjawab soalan yang berkaitan dengan teks yang dibaca dengan betul.
Kemahiran Bahasa                        :           Lisan
                                                           Bacaan
Sistem Bahasa                    :           Kosa Kata
                                                           Imbuhan
                                                           Kata Akar
Pengisian Kurikulum         :           i.         Ilmu :  Kajian Tempatan
iii.           Nilai :  Berdikari, Bekerjasama, Mencintai alam sekitar
iv.           Peraturan Sosiobudaya : Berbahasa dengan kata-kata yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.
Kemahiran Bernilai Tambah:       Kemahiran Berfikir, Kontekstual, Kecerdasan
                                                           Pelbagai, Kemahiran Belajar Cara Belajar
Bahan Bantu Mengajar     :           Gambar Tempat Rekreasi, Kad Petikan, Lembaran
                                                           Kerja, Kamus Dewan.
Pengetahuan Sedia Ada   :           Murid pernah pergi berkelah dan menyertai aktiviti
                                                           perkhemahan di kawasan air terjun dan tepi pantai.







Langkah /
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Gambar tempat-tempat rekreasi di negara kita.
Contoh : Kawasan air terjun dan tepi pantai.
        
(Rujuk Lampiran1)
Contoh Soalan :
a.    Namakan tempat-tempat rekreasi yang terdapat di negara kita?
b.    Siapakah antara kamu yang pernah pergi berkelah di tepi pantai / air terjun?
c.    Apakah aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan di sana?
a.    Guru menunjukkan gambar beberapa tempat rekreasi yang terdapat di negara kita.
b.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.
Kontekstual
-mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.
Langkah 1
(10 minit)
Petikan Misteri Sungai Hilang.
(Rujuk Lampiran2)
a.    Guru meminta beberapa orang murid membaca teks Misteri Sungai Hilang secara kuat.
b.    Murid lain dikehendaki mendengar dan memahami cerita tersebut.
c.    Guru meminta murid menjawab soalan-soalan pemahaman yang disediakan.
Kad Petikan

KBCB
-mendengar dengan cekap
-bacaan mekanis
-mengecam maklumat
Langkah 2
(20 minit)
Petikan teks Misteri Sungai Hilang.

Contoh Perkataan Berimbuhan dan Kata Akar
a.    Mendirikan – diri
b.    Meneroka – teroka
c.    Perhatian – hati
d.    Berjaya – jaya

Kosa Kata
i.     Mencabar
ii.    Merentas
iii.   Strategik
iv.   Berkhasiat
v.    Sulfur
vi.   Destinasi
vii. Merangkak
viii.        Meneroka
ix.   Merentas
x.    Lokasi

a.    Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
b.    Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 perkataan berimbuhan dan menyatakan Kata Akar bagi perkataan tersebut.
c.    Setiap kumpulan dikehendaki mencari makna kosa kata yang disenaraikan oleh guru dengan merujuk kepada Kamus Dewan.
d.    Ketua kumpulan akan membentangkan hasil tugasan masing-masing.
KBCB
Mengkategorikan
Mengecamkan
Mencirikan


TKP
-interpersonal
-intrapersonal

Sistem Bahasa
-Imbuhan
-Kata Akar
-kosa Kata
Langkah 3
(20 minit)
Melengkapkan perbualan.
(Rujuk Lampiran 3)
.    Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta supaya murid-murid melengkapkan pernyataan dengan menggunakan rangkai kata yang diberikan.
KBCB
-menjana idea
-mengaitkan hubungan

Penilaian Formatif
-dijalankan secara pemerhatian
Penutup
(5 minit)
Penutup kognitif

Contoh Soalan
a.    Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?
b.    Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

Nilai Murni
-      Berdikari
-      Bekerjasama
-      Mencintai alam sekitar- menjaga kebersihan
a.    Guru dan murid bersoaljawab tentang apa yang telah dipelajari dan nilai-nilai yang terdapat dalam petikan Misteri Sungai Hilang.
b.    Guru meminta murid meramalkan apa yang mungkin berlaku pada tempat-tempat menarik di sekitar Kolam Air Panas La dalam sepuluh tahun akan datang.
(Rujuk Lampiran 4)
Kontekstual
-menghubung kait
-menjana idea


Kajian Masa Depan

No comments:

Post a Comment