Monday 3 September 2012

Sekadar Renungan


  • ·        Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu.
  • ·         Fikirkan dosa dan pahala ..lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa
  • ·           Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.
  • ·         Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.
  • ·         Sibukkanlah  dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain..sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa.. kita pasti menanggung dosa & aib sendiri...berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding mereka yang sibuk memerhatikan aib orang lain..
  • ·         He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself.
  • ·         When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdom. The past cannot be changed. The future is yet in your power.
  • ·         Bila  engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...
  • ·         Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

No comments:

Post a Comment