IMBUHAN
SET 1
Pilih kata yang paling sesuai untuk disikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1. Tuk penghulu _____ agar mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Komuniti sementara waktu.
A cadangan
B bercadang
C dicadangkan
D mencadangkan
2. Ayah memohon pinjaman bank untuk _____ rumah kami.
A membesar
B perbesarkan
C memperbesar
D pembesaran
3. Setelah penat bekerja, mereka _____ seketika di bawah pohon ketapang itu.
A diteduhkan
B meneduhkan
C berteduh
D teduhan
4. Bola _____ pemain pasukan Kedah, Akmal Rizal gagal ditepis oleh penjaga gol psukan Pahang.
A ditendang
B bertendang
C tendangan
D penendang
5. Jika hujan _____ para penoreh getah itu akan terjejas mata pencarian mereka.
A berlanjutan
B melanjutkan
C terlanjut
D lanjutan
6. Pihak kastam Perlis berjaya melumpuhkan sindiket _____ kereta mewah ke Thailand.
A menyeludupkan
B diseludupkan
C penyeludupan
D seludupan
7. Kedua-dua sahabat karib itu _____ untuk membuka kedai makan.
A bersepakat.
B menyepakati
C kesepakatan
D persepakatan
8. _____ ragam ayat dalam karangannya menjadikan karangan itu menarik dibaca.
A Membagaikan
B Mempelbagaikan
C Dipelbagaikan
D Kepelbagaian
9. Dengan penuh hati-hati, pondok usang itu _____ oleh mereka.
A didekati
B didekatkan
C terdekat
D pendekatan
10. Tidak _____ oleh saya penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak mangsa perang di Iraq itu.
A bergambar
B digambarkan
C tergambarkan
D gambaran
SET 2
1. Kedua-dua ekor kambing itu _____ pada pohon pinang di seberang sungai.
A bertambat
B tambatan
C menambat
D penambat
2. Persefahaman dan sikap bertolak ansur penting _____ demi kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.
A diwujudkan
B pewujudan
C mewujudkan
D kewujudan
3. Filem terbaru _____ Suhaimi Baba itu akan ditayangkan kepada minggu depan.
A diarahkan
B arahan
C pengarah
D pengarahan
4. Adik saya menangisi _____ arnab kesayangannya.
A dimatikan
B kematian
C matian-matian
D mematikan
5. _____ Dr. Hilmi tentang bahayanya penyakit kanser itu memuaskan hati para hadirin.
A Keterangan
B Menerangkan
C Penerangan
D Diterangkan
6. Murid-murid diingatkan agar tidak sekali-kali _____ peraturan sekolah.
A melanggar
B berlanggar
C pelanggaran
D dilanggar
7. Puan Anum gemar membeli nasi lemak yang ______ daun pisang.
A membungkus
B berbungkus
C bungkusan
D pembungkusan
8. Puan Kavita _____ suaminya dua pasang tali leher berjenama popular.
A menghadiahkan
B menghadiahi
C dihadiahkan
D dihadiahi
9. Ribut kencang yang melanda kampung itu telah _____ bumbung beberapa buah rumah.
A beterbangan
B diterbangkan
C menerbangkan
D penerbangan
10. Encik Mohan telah menghentikan _____ surat khabar itu daripada pekedai buku itu kerana tidak puas hati akan perkhidmatan yang diberikannya.
A pelanggan
No comments:
Post a Comment