Sunday 2 September 2012

Penjodoh Bilangan


PENJODOH BILANGAN


PENJODOH BILANGAN


PENGGUNAANNYA
Angkatan
Kumpulan manusia atau benda-benda yang tersusun.
Contoh: kapal, tentera

Baris
Benda yang tersusun.
Contoh: rumah, bangku dan meja

Batang
Benda yang lurus.
Contoh: rokok , tiang

Bentuk
Benda kecil yang bentuknya lengkuk.
Contoh: mata kail, cincin, subang

Berkas
Benda yang diikat.
Contoh: rotan, kayu

Bidang
Benda yang lebar, luas dan rata.
Contoh: tanah, tikar

Biji
Benda yang bulat atau hampir bulat.
Contoh: cawan, telur

Bilah
Benda yang tajam dan runcing.
Contoh: jarum, pisau, kapak

Buah
Benda yang besar.
Contoh: kereta, rumah, bangunan

Buku
Benda yang berbentuk bongkah.
Contoh: roti, sabun

Bungkus
Benda yang berbungkus atau berbalut.
Contoh: keropok, mi, roti


Butir
Benda yang berbentuk bulat dan saiznya kecil.
Contoh: permata, padi

Carik ( cebis )
Benda yang dikoyak atau dicarik.
Contoh: kain, kertas

Cekak
Benda yang boleh dipegang secara mencekak.
Contoh: tangkai padi, rambut

Cubit
Jumlah yang sedikit sahaja.
Contoh: garam

Das
Bunyi tembakan
Contoh: sedas tembakan

Deret
Sesuatu yang bersambung atau bercantum.
Contoh: rumah, kedai, bangunan

Ekor
Untuk binatang
Contoh: harimau, burung

Gelung
Benda yang bergelung
Contoh: rotan, akar

Genggam
Benda yang boleh digenggam.
Contoh: beras, pasir

Gerombolan
Kumpulan manusia yang jahat.
Contoh: pengganas

Gulung
Benda yang panjang dan lebar yang bergulung.
Contoh: sijil, tikar, filem

Gugus
Buah yang tumbuh begitu banyak pada tangkai.
Contoh: anggur, pinang



Gumpal
Benda yang bergumpal.
Contoh: kapas, kekabu, tembakau

Helai
Benda yang nipis, lembut dan lebar.
Contoh: kain, kertas, sejadah

Hiris
Potongan kecil.
Contoh bawang, timun

Ikat
Benda yang berikat.
Contoh: sayuran, kayu

Jambak
Karangan sesuatu benda.
Contoh: bunga, kunci

Jambangan
Bunga-bunga yang ditanam.
Contoh: Jambangan bunga di tamannya sungguh cantik.

Jemput
Benda-benda yang boleh dijemput.
Contoh: kunyit, garam, gula

Kajang
Benda yang lebar dan besar.
Contoh: tikar, layar

Kaki
Benda yang bertangkai.
Contoh: paying, cendawan

Kandang
Binatang-binatang yang berada di dalam kandang.
Contoh: kambing, lembu, kerbau

Kapur
Untuk yang sudah lengkap.
Contoh: sekapur sirih

Karangan
Sesuatu gubahan.
Contoh: bunga

Kawan
Kumpulan binatang.
Contoh: gajah, helang

Kelompok
Digunakan untuk sesuatu kumpulan.
Contoh: awan, orang, bintang

Kepal
Benda yang boleh dikepal.
Contoh: pulut, nasi

Keping
Benda yang nipis, lebar dan rata.
Contoh: biskut, gambar

Kerat
Benda yang telah dikerat atau dipotong.
Contoh: rotan, tebu

Ketul
Sifat benda yang berketul dan bergumpal.
Contoh: tulang, batu

Ketumbukan
Kumpulan tentera
Contoh: seketumbukan tentera

Kotak
Benda yang berada di dalam kotak.
Contoh: mancis, rokok

Kumpulan
Benda hidup yang berkumpul.
Contoh: binatang, orang, pokok

Kuntum
Untuk bunga

Laras
Senjata yang menggunakan bahan letupan.
Contoh: senapang, meriam

Lembar
Benda yang panjang dan bersifat halus.
Contoh: benang, rambut

Lingkar
Benda yang bergulung.
Contoh: tali, rotan, ular



Longgok
Kumpulan benda yang dilonggokkan.
Contoh: pasir, sampah, batu

Mayang
Buah yang bertandan.
Contoh: pinang, kelapa

Naskhah
Untuk menghitung makalah.
Contoh: buku, majalah

Orang
Untuk manusia.

Papan
Benda yang berkeping-keping.
Contoh: petai, mercun

Pangsa
Bahagian-bahagian sesuatu benda.
Contoh: durian

Pasang
Benda yang berpasangan.
Contoh: kasut, anting-anting, mata, telinga

Pasukan
Kumpulan manusia yang berpakaian seragam.
Contoh: tentera, Pengakap, Pandu Puteri

Patah
Kata-kata yang dituturkan.
Contoh: perkataan

Pintu
Tempat kediaman atau berniaga.
Contoh: rumah, kedai

Potong
Benda yang dipotong
Contoh: kuih

Pucuk
Senjata api dan surat.
Contoh: pistol, surat

Puntung
Benda yang pendek.
Contoh: rokok, kayu api

Rangkap
Kata-kata yang mempunyai maksud.
Contoh : pantun, madah

Rawan
Benda yang bersirat sifatnya.
Contoh: jala, pukat, jaring

Ruas
Benda yang mempunyai ruas.
Contoh: buluh, tebu

Rumpun
Tanaman yang mempunyai akar yang sama.
Contoh: padan, serai,buluh

Sikat ( sisir )
Pisang

Suap
Makanan yang disuapkan ke mulut.
Contoh: nasi

Tandan
Benda yang mempunyai gagang.
Contoh: pisang, kelapa

Tangkai
Untuk benda-benda yang bertangkai.
Contoh: bunga, padi

Timbun
Benda yang bertimbun.
Contoh: pasir, sampah, batu

Titik
Benda yang menitik.
Contoh: air, darah

Tongkol
Tumbuhan yang buahnya bertongkol.
Contoh: jagung

Ulas
Buah yang mempunyai ruang atau petak.
Contoh: nangka, durian, cempedak

Untai
Benda yang dicucuk.
Contoh: gelang, rantai
Urat
Benda yang panjang dan halus.
Contoh: benang, rambut

Utas
Benda yang berurai.
Contoh: rantai, tali

3 comments: